11 December 2011

Contoh Langkah Pengajaran Menulis Angka 1 hingga 9


1.      Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan sembilan sida kepada setiap pasangan. Sebutkan nombor dan murid menunjukkan bilangan sida yang betul. Semasa membilang, pastikan murid menunjuk sida dan menyebut “Satu, dua, tiga ...” dan seterusnya.

2.       Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka tersebut di papan tulis. Murid diminta menulis angka dengan jari:
·      di udara
·      di atas meja
·      di kotak berisi pasir
·      di bahagian belakang pasangan

3.       Ulangi langkah 1 dan 2 untuk nombor-nombor lain.

4.       Tunjukkan kad bergambar di papan tulis, contohnya:

 

5.    Minta murid membilang jumlah objek pada kad bergambar tersebut dan menuliskan angkanya di papan tulis individu. Pastikan murid menggunakan teknik yang betul untuk menulis angka. Murid diminta mempamerkan papan tulis masing-masing.

6.       Ulangi langkah 4 dan 5 untuk nombor-nombor lain.


BBM Kemahiran Menulis Angka 1 hingga 9










Bagi kemahiran ini hasil pembelajaran : 
Murid berupaya menulis angka 1 hingga 9

Guru boleh menunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka 1 hingga 9 di papan tulis. Kemudian meminta murid menulis angka dengan jari :
  • di udara
  • di atas meja
  • di kotak berisi pasir
  • di bahagian belakang pasangan

09 December 2011

Modul Linus Unit 1




Bahan ini adalah merupakan aktiviti Unit 1 Modul Linus Tahun1.
Aktiviti yang disediakan menarik dan sangat memudahkan guru Linus. 

07 December 2011

Persembahan Murid Linus

Hari Anugerah yang lalu saya telah melatih beberapa orang murid Linus membuat persembahan tarian..peewit tarian 60an...kalau pasal menari hehehe hari-hari sanggup datang sekolah. Minggu-minggu akhir dan sehingga hari terakhir mereka hadir....semasa latihan cikgu lambat je...'cikgu cikgu kami dah lama tunggu cikgu'...kalau tak buka lagi pintu bilik muzik..'cikgu..cikgu bila kita nak mula'..Dalam kumpulan tarian ni ada 4 orang murid dari kelas perdana. 2 orang dari Tahun 2 dan 2 orang  lagi dari Tahun 1,yang selebihnya seramai 5 orang adalah murid-murid  Kelas Linus...Cuba lihat gaya mereka....